Jujur. Forget my name bukan lah satu nama yang aku reka sendiri. Masa aku jalan jalan ke sebuah kedai buku, aku ternampak sebuah buku ya...

001 : Forget My Name


Jujur. Forget my name bukan lah satu nama yang aku reka sendiri. Masa aku jalan jalan ke sebuah kedai buku, aku ternampak sebuah buku yang menarik mata. Mata aku tertarik bagai ada magnet negatif positif! Aku tak dapat nak alihkan pandangan mata pun!. Warnanya agak menonjol dari buku yang lain. Warna dan tajuk itu serentak membawa aku ke arahnya secara automatik. Dengan spontan dan tanpa keterpaksaan, aku pegang buku tu. Aku keluarkan dari rak dan aku tatap tajuknya. 'Forget my name' ku sebut dalam hati. Aku berbisik, 'itulah yang aku rasa sekarang..'

Aku sebenarnya dah lupa banyak aku siapa.
Nama aku langsung tidak menggambarkan aku.
Aku yang dulu berbeza dengan yang sekarang.
Dan dalam masa yang sama aku sendiri dah mula benci dengan diri aku yang dulu.

Hmm.

Ada masa aku malas nak bagi tahu siapa aku.
Ada masa aku sendiri pun tak kenal aku siapa.
Ada masa aku tahu aku siapa tapi aku buat buat tak tahu.
Ada masa aku nak lari dari orang yang kenal aku.
Ada masa aku nak bersembunyi dari semua orang.

Lagipun, orang yang kenal aku memang dah jadi orang asing.
Orang aku ingat pun dah tak ingat aku.
Maka, dah malas aku nak fikir siapa aku.
Dah give up nak jadi aku sendiri.

Ada masa aku terfikir juga.
Siapa aku disebalik nama aku esok, lusa, masa depan.
Kalau boleh dipadam, aku padam sahaja. Aku dah penat nak cari makna.

So, korang yang membaca ni, nak gelar aku apa?
Nak panggil aku apa? Aku hanya mampu panggil diri aku, "AKU".
So, kalau nak panggil aku, "AKU" silakan.
Ah! panggil aku "ME" lah.
Aku = Me = I kan?
Aku rasa ME tu better!

Aku kat sini saja nak menulis.
Sudah pastilah.
Based on my true story.
Based on my observation.
Based on my creepy thought.
Based on etc etc...
Tapi,
Nama dalam setiap kisah aku,
bukanlah nama sebenar.
Tak mungkinlah...nak sebut nama kau dalam ni.
Nanti kau maki aku pula.
Nanti kau saman aku pula.
Nanti kau tersinggung pula.
Kan?

Yes. Bukan sekadar lupa nama sendiri.
Begitu juga nama mereka.
Begitu juga nama kau.
Aku lupa. Sengaja aku lupakan.
Aku tahu..Aku sebenarnya tidak mungkin lupa.
Aku cuma buat buat lupa.

Tapi...kadang kadang ia wajar.
Dan berbaloi.

Mungkin dengan bercerita di sini,
Suatu hari nanti aku akan jumpa diri aku balik.

Siapa tahu, esok dari "Forget my name" transform kepada "I get my name" pula.

Hm.

Dahlah. Banyak mengarut aku kebelakangan ni. Kenapa aku menggunakan frasa "FORGET MY NAME" ni, bukanlah seratus peratus seperti yang aku bebelkan di atas. Walaupun ada sedikit kebenaran kata kata aku di atas.

Mungkin 50% faktor lain aku memilih frasa "FORGET MY NAME" ni adalah kerana...
BAGI AKU, TAK PENTING SIAPA PENULIS BLOG ATAU PENULISAN (atau karangan -- apa apa sahaj laa kau nak gelar) NI. YANG PENTING ISI KANDUNGANNYA. CERITANYA. Tak payah lah susah payah nak tahu siapa tulis. Cukup korang baca apa cerita aku. Komen apa yang aku cerita kat sini. Apa opinion korang? Itu sudah cukup. Kalau korang tahu pun siapa yang tulis, tak payah fikirkan sangat, tak penting. Tapi, fikirkan dalam dalam apa benefit dan pengajaran yang ada dalam penulisan tu. Tu pun kalau ada benefit lah! Haha.

Kadang kadang, orang lupa. Disebabkan penulisnya tidak terkenal, tidak cantik, tidak menawan, tidak hensem, tidak ada class dan tidak ada standard, maka orang tak nak membacanya. Tidak mahu membaca kerana orang yang menulis itu tidak trending atau hitz? atau tidak top? Itu tidak adil. Baca dulu contentnya. Siapa yang menulis cerita tu? kemudianlah fikir. Aku pun malas dah nak fikir. Aku tulis je apa yang aku nak tulis. Hm.

-Forget My Name : Me-

0 comments: