Melihat video clip penyanyi yang bernama Loren Gray untuk lagunya yang berjudul " My Story ", mengingatkan aku kepada habit a...

004 : Me and My Story (Welcome to my life)



Melihat video clip penyanyi yang bernama Loren Gray untuk lagunya yang berjudul "My Story", mengingatkan aku kepada habit aku yang suka menulis diari sejak tingkatan 1 hinggalah 5. Macam macam kisah aku tulis. Macam macam moment, fikiran, angan angan, impian, emosi dan sebagainya di dalam diari tersebut. Diari tersebut boleh merungkai siapa aku, personaliti aku, character aku, sikap aku dan apa aku ni sebenarnya. Diari tersebut sebahagian dari life aku.

Sejak termatinya minat menulis diari di suatu point, aku mulai rasa sesat. Aku mula rasa serabut dengan fikiran yang bagaikan awan hitam yang bakal memuntahkan air hujan yang menambahkan lagi kedinginan hati aku yang mula freeze. Hm.

Sejak beberapa tahun yang lepas hinggalah ke tahun ni, aku selalu membeli buku nota atau buku yang cantik dan sesuai dijadikan journal. Tujuannya untuk memulakan semula habit menulis dan mencatat life, perjalanan, emosi, siapa, kenapa, bagaimana berlaku dan sebagainya. Malangnya, kepantasan menulis agak lembab. Kadang aku tak sempat pun menulis cerita. Kadang, mood swing membantutkan lagi tangan nak berduet dengan pen. Huh!

Dasar mood swing! Yup. Jujur... masalah mood aku bagaikan tornado tahun ni(2019). Sama seperti tahun 2011. Tapi, ia kelihatan lebih teruk dari tahun sebelum ni. Aku ada trouble dengan mental or what? or...I just getting old or sick or anything?... hm.

Since aku rasa menaip lebih pantas dari handwriting, so, aku pilih blog untuk menulis cerita aku. Cerita hidup aku. Tambahan-- untuk memuntahkan apa sahaja yang aku nak dan yang aku suka dan...lantaklah! hm. Dan...aku buka cerita aku kepada public. Because... walaupun aku mungkin mencarut kat sini, aku yakin ada kisah aku yang korang boleh jadikan pengajaran. Mana yang patut, mana yang tak patut. Kalau tak ada pun, tak apa, aku tetap akan tulis. 

Kebanyakkan cerita aku kat sini mungkin kebanyakkannya tentang past life aku. Mungkinlah. Sebab aku sendiri tak tahu, sejauh mana randomnya cerita aku kat sini nanti.

Sejak aku dah memilih untuk menggunakan "Forget My Name" as my blog name, of coz lah aku berniat untuk tidak akan memberikan nama aku kat korang. Korang mungkin stranger yang datang ke blog ni untuk membaca apa aku tulis dan mula menilai betapa aku tak ada kerja lain nak buat. Hahahaha... atau pun, korang jumpa blog aku hasil dari keywords yang wujud dalam blog aku ni tanpa aku sengajakan.

To be honest, blog ni kacau bilau. Blog ni tak ada sistem. Tak ada satu pun yang aku nak tulis melibatkan kata kunci spesifik untuk google jadikan informasi terbaik. Hanya kisah suka duka aku di sini. Tempat aku menyimpan luka. Menyimpan kenangan pahit, manis, masam, dan masin.

Kalau korang rasa nak letak komen kat blog ni, tapi tak tahu nak panggil aku apa, boleh je panggil aku, "ME". Macam yang aku dah jelaskan kat bahagian "About Me". Terima kasih singgah membaca cerita aku yang kadang elok dan kadang buruk. Begitulah kehidupan sebagai manusia biasa yang menjalankan hidup dalam dunia fana ni. Ada turun, ada naik. Life is roller coaster, so, jangan hairan kalau aku kadang memaki..kadang aku boleh je jadi sopan. Hm. So, aku ucapkan...Welcome to my life.

-Forget My Name : Me-